Proximity Sensor
Pengesan merupakan gabungan transducer-transducer yang menghasilkan alat pengesan untuk mengesan
sesuatu fizikal dan menghasilkan data keluaran (output) dalam bentuk digital
atau analog. Kebanyakan penggunaan memerlukan pengesan tentang wujud atau tidak
sesuatu objek tanpa melakukan sebarang sentuhan secara fizikal. Peranti yang
digunakan untuk pengesanan ini dikenali sebagai penderia hampiran atau penderia
tanpa sentuh. Penderia hampiran dipasang pada peralatan mesin. Kelengkapan
pengelolaan bahan, robot, kelengkapan pemeriksaan dan kelengkapan pembungkusan.
Bergantung kepada jenisnya, penderia hampiran menggunakan prinsip beraruhan,
berkemuatan dan ultrasonic.
Jenis
dan prinsip kendaliannya
Prinsip kerja suatu sensor ditentukan oleh bahan
sensor utama yang dipakai yang berkait rapat dengan bahan yang dikesan.
Terdapat 3 jenis penderia hampiran / proximity sensor.
1. Penderia
Hampiran Beraruhan / Inductive Proximity
Sensor
Penderia jenis ini boleh mengesan objek logam
sahaja. Dua teknik berlainan digunakan. Satu menggunakan ayunan RF. Satu
isyarat RF dipancarkan dari sebuah gegelung yang terletak pada kepala penderia.
Setiap kali medan bergerak, bersentuhan dengan satu objek logam, objek meresap
sebahagian daripada tenaga medan, dan dengan itu mengecilkan isyarat keluaran
pengayun.
Rajah 1: Penderia hampiran beraruhan / Inductive proximity sensor
Pengurangan amplitude isyarat di hantar ke satu
litar pembentuk gelombang, yang diguna untuk memperakui kewujudan objek dengan
membilang objek tersebut atau dengan menggerakkan satu suis yang akan
menyebabkan pergerakannya dihentikan.
![]() |
Rajah 2: Prinsip kesan Hall
/ Hall Effect
|
Penderia hampiran jenis lain menggunakan prinsip kesan
Hall. Prinsip ini memerihalkan satu kaedah penghasilan voltan melalui beberapa
bahan separuh pengalir apabila bahan tersebut diletakkan dalam satu medan
magnet dan pada masa yang sama arus mengalir melalui bahan itu. Satu pengesanan
kesan Hall dilekapkan pada satu permukaan pegun dan satu magnet kekal dipasang
pada objek boleh gerak. Medan di sekitar magnet kekal itu akan menyebabkan
voltan dihasilkan pada pengesan Hall
semua objek boleh gerak menghampiri pegun yang padanya terlekap pengesan.
Voltan itu dikuatkan dan diguna untuk menggerakkan solenoid atau geganti,
menyebabkan ia menghentikan pergerakannya.
Rajah 3: Operasi bagi Inductive
proximity sensor
2. Penderia
hampiran berkemuatan / Capacitive
proximity Sensor
Penderia hampiran berkemuatan boleh mengesan
kehadiran sesuatu objek atau bahan tanpa mengira kandungannya. Penderia ini
amat peka kepada objek atau bahan tanpa mengira kandungannya. Penderia ini amat
peka kepada objek yang diperbuat daripada plastik atau kaca dan bahan
berketumpatan rendah seperti serbuk, kertas dan bijirin kering.
Penderia
hampiran berkemuatan menggunakan pengayun. Plat pemuat dalam litar tangka LC
dicagakkan sebegitu rupa supaya objek bergerak melalui di antara kedua-dua
platnya, dengan itu menyebabkan frekuensi pengayun berubah. Perubahan frekuensi
ditukarkan kepada atu picaun yang boleh diguna untuk membilang objek atau untuk
menggerakkan solenoid atau geganti untuk menghentikan pergerakan objek
tersebut.
Rajah 4: Capacitive
proximity sensor
Rajah 5: Contoh penggunaan capacitive proximity sensor
Rajah 6: Operasi bagi Capacitive
proximity Sensor
3.0 Penderia
hampiran ultrasonic / Ultrasonic
proximity sensor
Penderia ini menggunakan pengayun RF dan sebuah
pengesan yang diletakkan bersebelahan di atas satu permukaan pegun. Isyarat
pengayun dibentuk dan dipancarkan dalam bentuk satu alur sempit. Setiap kali
objek bergerak melintas alur tersebut, sebahagian daripada tenaga terpancar
dipantul balik ke pengesan. Jarak antara objek bergerak dan pengesan ditentukan
oleh masa yang diambil oleh isyarat untuk bergerak dari pengayun dan balik ke
pengesan.
Rajah 7: Prinsip Ultrasonic
proximity sensor
Rajah 8: Sensor proximity ultrasonic
No comments:
Post a Comment