Thursday 21 July 2016

ROBOT PERANG

Teknologi Robot

Teknologi Robot sedang berkembang dengan pesat dan terhasil pelbagai ciptaan.Dunia berubah seiring degnan perkembangan teknologi.Negara Jepun dan Amerika syarikat berlumba-lumba dalam menghasilkan ROBOT seakan manusia yang dapat menggantikan tentera untuk berperang seperti dalam filem rekaan.

Tetapi semua itu tidak mustahil dengan perkembangan teknologi masa kini.Tahun 2016 pastinya menjadi kejutan bagi seluruh dunia apabila ada Cabaran menghasilkan robot mega antara negara Jepun dan USA.Tidak semua teknologi akan membinasakan,ada robot yang sangat membantu pekerjaan manusia,sangat indah jika dapat memiliki robot pembantu yang dapat memahami kita dan berkhidmat dengan baik.


Saksikan pertandingan mencipta robot perang masa depan.




RELAY

Contactor dan relay / Geganti

Relay atau contactor menggunakan prinsip gegelung solenoid juga untuk menggerak atau mengubah kedudukan suiz samada “on – off”. Relay boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz dari sekecil 10 mm untuk kerja-kerja ringan contoh relay pada sistem pneumatik sehingga jenis-jenis yang besar dipanggil contactor digunakan untuk menerima beban elektrik yang tinggi seperti yang digunakan pada suiz meter 3 fasa.


Relay


Simbol Relay





Plug – in relay

Relay jenis plug in adalah relay yang dicucuk atau dipasang pada injap seperti plug. Biasanya relay lebih mudah rosak atau terbakar daripada injap. Oleh itu injap yang bergabung sekaligus dengan relay apabila rosak akan dibuang terus walaupun injapnya tidak rosak.

Plug In Relay

 Gambarajah Plug In Relay dan Simbol

Kelebihan relay

Kelebihan kelajuan relay pada litar elektropneumatik amat luas seperti:
1. Penyelenggaraan yang kurang.
2. Boleh digunakan untuk menghidupkan laluan litar persendirian.
3. Mudah diubah-suai kepada pelbagai operasi berlainan voltan.
4. Kelajuan operasi yang pantas dengan masa suiz on / off yang cepat.


Kelebihan Plug – in relay

1. Mudah dipasang / buka dari injap jika injap tersebut perlu diservis.
2. Jika relay tersebut rosak atau terbakar ianya mudah diganti.
3. Relay boleh dikawal melalui remote control diatas satu panel board


Binaan relay dan operasi

Apabila voltan disalurkan pada gegelung solenoid arus elektrik dari A1 ke A2 akan mengalir dalam gegelung solenoid menjadikan gegelung tadi magnet sementara atau electromagnet. Kuasa electromagnet ini akan menarik armature 3 kepada core 7 biasanya sebatang besi lembut menyebabkan armature 3 bersentuh dengan permukaan sentuhan 4. Persentuhan permukaan akan berterusan sehingga arus elektrik diputuskan bila masa armature 3 akan kembali ke posisi asal disebabkan oleh spring.

Binaan Relay



Nilai / Rating relay dan contact\

Mengetahui nilai relay dan contact amat penting untuk disesuaikan kepada jenis kegunaannya. Nilai relay dikira seperti berikut:   
   i.        Jenis arus
    ii.        Voltan
   iii.        Kuasa dan frekuensi operasi gegelung solenoid



Apa itu ROBOT & ROBOTIK

Robotik? Apakah yang anda tahu.....

Robotik adalah sains dan teknologi robot, bergantung kepada reka bentuk, pengeluaran, dan  jenis penggunaannya. Robotik memerlukan pengetahuan yang berkaitan tentang elektronik, mekanik, dan perisian. Seseorang yang bekerja di bidang ini akan digelar roboticist.

Sejarah ROBOT

Perkataan "robot" diperkenalkan oleh penulis Republik Czech,Karel Capek dalam lakonan ceritanya RUR (Rossum's Universal Robot)  pada tahun 1920, sementara perkataan robot pertama kali digunakan di cetak oleh Isaac Asimov, dalam drama pendek sains fiksyen yang bertajuk "alasan yang bukan-bukan" (1941).
Robot adalah sebuah mesin elektro-mekanik atau biomekanik yang boleh melakukan tugasan atau kerja secara autonomus menigkut perancangan. Robot boleh digunakan untuk melakukan tugas-tugas yang terlalu berbahaya atau sukar bagi manusia, seperti kerja-kerja berbahaya ,kotor , dan  berulang-ulang

ROBOT ASIMO pada tahun (2000) di Expo 2005, abipedal humanoid robot.





Robot Industri keluaran FANUC-220px 6paksi Robot Kimpalan




Rovio Robot

Rovio Robot


Rovio adalah robot kategori servis robot yang diperkenalkan oleh WOWWEE sekitar tahun 2008.
Rovio digunaka untuk mengesan kehadiran (tele-presence) sesuatu semasa pemilik tiada dirumah atau kediaman.

Dilengkapi dengan Web- Cam dan Wi-Fi didalamnya yang membolehkan perhubungan dua hala dilakukan.Selain itu ciri lain adalah dilengkapi dengan teknologi mikro-GPS terkini dari Evolution Robotik,Rovio boleh dikawal dari jauh melalui PC,konsol telefon bimbit dan gadjet lain.

Dengan sistem GPS yang ada arahan dapat diberikan misalnya, mengarahkan Rovio pergi ke suatu tempat "pergi ke dapur" dan iainya boleh dikawal dari jauh.Gambar dan video boleh diambil bagi tujuan pengawasan.

Rovio si robot pengawal

Wednesday 20 July 2016

Sensor / Penderia


Proximity Sensor

              Pengesan merupakan gabungan transducer-transducer yang menghasilkan alat pengesan untuk mengesan sesuatu fizikal dan menghasilkan data keluaran (output) dalam bentuk digital atau analog. Kebanyakan penggunaan memerlukan pengesan tentang wujud atau tidak sesuatu objek tanpa melakukan sebarang sentuhan secara fizikal. Peranti yang digunakan untuk pengesanan ini dikenali sebagai penderia hampiran atau penderia tanpa sentuh. Penderia hampiran dipasang pada peralatan mesin. Kelengkapan pengelolaan bahan, robot, kelengkapan pemeriksaan dan kelengkapan pembungkusan. Bergantung kepada jenisnya, penderia hampiran menggunakan prinsip beraruhan, berkemuatan dan ultrasonic.

Jenis dan prinsip kendaliannya

Prinsip kerja suatu sensor ditentukan oleh bahan sensor utama yang dipakai yang berkait rapat dengan bahan yang dikesan.

Terdapat 3 jenis penderia hampiran / proximity sensor.



1Penderia Hampiran Beraruhan / Inductive Proximity Sensor
       Penderia jenis ini boleh mengesan objek logam sahaja. Dua teknik berlainan digunakan. Satu menggunakan ayunan RF. Satu isyarat RF dipancarkan dari sebuah gegelung yang terletak pada kepala penderia. Setiap kali medan bergerak, bersentuhan dengan satu objek logam, objek meresap sebahagian daripada tenaga medan, dan dengan itu mengecilkan isyarat keluaran pengayun.

Rajah 1: Penderia hampiran beraruhan / Inductive proximity sensor

          Pengurangan amplitude isyarat di hantar ke satu litar pembentuk gelombang, yang diguna untuk memperakui kewujudan objek dengan membilang objek tersebut atau dengan menggerakkan satu suis yang akan menyebabkan pergerakannya dihentikan.

Rajah 2: Prinsip kesan Hall / Hall Effect

             Penderia hampiran jenis lain menggunakan prinsip kesan Hall. Prinsip ini memerihalkan satu kaedah penghasilan voltan melalui beberapa bahan separuh pengalir apabila bahan tersebut diletakkan dalam satu medan magnet dan pada masa yang sama arus mengalir melalui bahan itu. Satu pengesanan kesan Hall dilekapkan pada satu permukaan pegun dan satu magnet kekal dipasang pada objek boleh gerak. Medan di sekitar magnet kekal itu akan menyebabkan voltan dihasilkan pada pengesan Hall semua objek boleh gerak menghampiri pegun yang padanya terlekap pengesan. Voltan itu dikuatkan dan diguna untuk menggerakkan solenoid atau geganti, menyebabkan ia menghentikan pergerakannya.


Rajah 3: Operasi bagi Inductive proximity sensor


2. Penderia hampiran berkemuatan / Capacitive proximity Sensor
                  Penderia hampiran berkemuatan boleh mengesan kehadiran sesuatu objek atau bahan tanpa mengira kandungannya. Penderia ini amat peka kepada objek atau bahan tanpa mengira kandungannya. Penderia ini amat peka kepada objek yang diperbuat daripada plastik atau kaca dan bahan berketumpatan rendah seperti serbuk, kertas dan bijirin kering.
                   Penderia hampiran berkemuatan menggunakan pengayun. Plat pemuat dalam litar tangka LC dicagakkan sebegitu rupa supaya objek bergerak melalui di antara kedua-dua platnya, dengan itu menyebabkan frekuensi pengayun berubah. Perubahan frekuensi ditukarkan kepada atu picaun yang boleh diguna untuk membilang objek atau untuk menggerakkan solenoid atau geganti untuk menghentikan pergerakan objek tersebut.









Rajah 4: Capacitive proximity sensor





Rajah 5: Contoh penggunaan capacitive proximity sensor





Rajah 6: Operasi bagi Capacitive proximity Sensor


   3.0  Penderia hampiran ultrasonic / Ultrasonic proximity sensor
          
           Penderia ini menggunakan pengayun RF dan sebuah pengesan yang diletakkan bersebelahan di atas satu permukaan pegun. Isyarat pengayun dibentuk dan dipancarkan dalam bentuk satu alur sempit. Setiap kali objek bergerak melintas alur tersebut, sebahagian daripada tenaga terpancar dipantul balik ke pengesan. Jarak antara objek bergerak dan pengesan ditentukan oleh masa yang diambil oleh isyarat untuk bergerak dari pengayun dan balik ke pengesan.
Rajah 7: Prinsip Ultrasonic proximity sensor


Rajah 8: Sensor proximity ultrasonic