Thursday 21 July 2016

RELAY

Contactor dan relay / Geganti

Relay atau contactor menggunakan prinsip gegelung solenoid juga untuk menggerak atau mengubah kedudukan suiz samada “on – off”. Relay boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz dari sekecil 10 mm untuk kerja-kerja ringan contoh relay pada sistem pneumatik sehingga jenis-jenis yang besar dipanggil contactor digunakan untuk menerima beban elektrik yang tinggi seperti yang digunakan pada suiz meter 3 fasa.


Relay


Simbol Relay





Plug – in relay

Relay jenis plug in adalah relay yang dicucuk atau dipasang pada injap seperti plug. Biasanya relay lebih mudah rosak atau terbakar daripada injap. Oleh itu injap yang bergabung sekaligus dengan relay apabila rosak akan dibuang terus walaupun injapnya tidak rosak.

Plug In Relay

 Gambarajah Plug In Relay dan Simbol

Kelebihan relay

Kelebihan kelajuan relay pada litar elektropneumatik amat luas seperti:
1. Penyelenggaraan yang kurang.
2. Boleh digunakan untuk menghidupkan laluan litar persendirian.
3. Mudah diubah-suai kepada pelbagai operasi berlainan voltan.
4. Kelajuan operasi yang pantas dengan masa suiz on / off yang cepat.


Kelebihan Plug – in relay

1. Mudah dipasang / buka dari injap jika injap tersebut perlu diservis.
2. Jika relay tersebut rosak atau terbakar ianya mudah diganti.
3. Relay boleh dikawal melalui remote control diatas satu panel board


Binaan relay dan operasi

Apabila voltan disalurkan pada gegelung solenoid arus elektrik dari A1 ke A2 akan mengalir dalam gegelung solenoid menjadikan gegelung tadi magnet sementara atau electromagnet. Kuasa electromagnet ini akan menarik armature 3 kepada core 7 biasanya sebatang besi lembut menyebabkan armature 3 bersentuh dengan permukaan sentuhan 4. Persentuhan permukaan akan berterusan sehingga arus elektrik diputuskan bila masa armature 3 akan kembali ke posisi asal disebabkan oleh spring.

Binaan Relay



Nilai / Rating relay dan contact\

Mengetahui nilai relay dan contact amat penting untuk disesuaikan kepada jenis kegunaannya. Nilai relay dikira seperti berikut:   
   i.        Jenis arus
    ii.        Voltan
   iii.        Kuasa dan frekuensi operasi gegelung solenoid



No comments:

Post a Comment