About

Apa itu Kejuruteraan Mekatronik ??

Anda tahu apa itu kejuruteraan Mekatronik? Biasanya akan ada tiga bidang utama dalam kejuruteraan iaitu Kejuruteraan MEKANIKAL, Kejuruteraan ELEKTRIK ,  Kejuruteraan KOMPUTER. Kejuruteraan Mekatronik bukanlah satu istilah baharu dalam bidang kejuruteraan.


Istilah "mekatronik" diterbitkan  oleh seorang jurutera kanan disebuah syarikat Jepun, Yaskawa pada1969, iaitu En. Tetsuro Mori. Mekatronik boleh juga dikenali sebagai "sistem elektromekanik" atau bahsa mudahnya"kejuruteraan kawalan dan automasi".




Penggabuhan dalam bidang mekanikal, elektronik dan komputer serta kawalan ini sangat bermanfaat kepada bidang kejuruteraan khasnya sehinga terhasil beberapa ciptaan seperti robot, teleskop 'Hubble', pengesan pintar dalam sistem kawalan anti-brek mati dan pemain cakera padat. Bukan itu sahaja, malahan perkakas elektronik di rumah seperti mesin basuh, perakam video dan kamera digital.
Apabila diperhatikan dengan lebih lanjut didapati gabungan daripada tiga bidang iaitu mekanik, elektronik dan perisian menghasilkan model sistem, manakala simulasi adalah hasil daripada gabungan mekanik, perisian dan kawalan.


 Mikropengawal adalah hasil daripada gabungan elektronik, kawalan dan perisian. Penderia pula adalah hasil daripada gabungan elektronik, mekanik dan kawalan. Gabungan dua bidang pula seperti mekanikal dan elektronik menghasilkan bidang elektromekanik. Manakala gabungan mekanikal dan perisian menghasilkan reka bentuk berbantukan komputer/pembuatan berbantukan komputer (CAD/CAM). Litar kawalan adalah hasil daripada gabungan elektronik dan kawalan, sementara kawalan digital adalah hasil daripada gabungan perisian dan kawalan. Mekatronik merangkumi semua ini.


No comments:

Post a Comment